IPOH: Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata sebanyak 372,825 tan matrik daging dan 2.083 billion telur telah dibekalkan kepada keperluan rakyat di Perak sepanjang tahun lalu.
“Bagi menjamin pengeluaran komoditi daging dan telur, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjalankan aktiviti kawalan penyakit ternakan melalui program survelen atau pengawasan penyakit haiwan kebangsaan bagi memastikan rebakan wabak penyakit sentiasa terkawal.
“Selain dari itu, penguatkuasaan undang-undang juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan industri peternakan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan M Thulsi Thivani (PH-Buntong) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohd Zolkafly (BN-Lintang) berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada Jabatan Pertanian Perak bagi pembangunan sistem internet pelbagai benda (IoT) fertigasi bagi tanaman cili dan ‘rock melon’ atau tembikai wangi.
Menurutnya, di bawah inisiatif memperkasakan amalan pertanian dan penanaman secara moden dalam meningkatkan keterjaminan makanan, pelaksanaan program tersebut melibatkan enam projek rintis di enam daerah terpilih.
Daerah berkenaan adalah Kinta, Kampar, Larut Matang dan Selama, Muallim, Hilir Perak dan Hulu Perak.
Amirrul Rabbani
Mon May 22 2023
Sebanyak 372,825 tan matrik daging dan 2.083 billion telur telah dibekalkan kepada keperluan rakyat di Perak sepanjang tahun lalu. - Gambar hiasan/ Bernama
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.
Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.
2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.
Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.
Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.
DUN Perak lulus RUUSA Perak 2023, mansuh Akta Air 1920
DUN Perak meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2023 yang bertujuan memansuhkan Akta Air 1920.
Pengurangan bayaran premium tanah di Perak bagi miskin tegar, OKU
Perkara itu adalah berdasarkan syor oleh Pejabat PTG Negeri Perak untuk diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.